• Background Image

    News & Updates

05/02/2017

Kenali Jenis dan Punca Jerawat

Jerawat merupakan masalah utama kulit muka yang dialami oleh setiap orang. Namun tahap keterukan jerawat berbeza mengikut individu. Dalam artikel ini kami akan menerangkan mengenai jenis jerawat dan kesan jerawat jika tidak dirawat lebih awal.

Ada empat punca utama jerawat iaitu:

  • penghasilan minyak muka berlebihan
  • pengumpulan sel kulit mati
  • pori yang tersumbat
  • jangkitan bakteria

Secara umumnya jerawat terbahagi dua:

  1. Jerawat tanpa keradangan (komedo) – selalu disebabkan pori tersumbat lalu mengakibatkan sebum dan bakteria terperangkap di liang pori. Blackhead dan whitehead adalah termasuk dalam jerawat ini. Blackhead terjadi kerana proses oksidasi. Jika anda bernasib baik, jerawat ini boleh hilang dengan sendiri.
  2. Jerawat dengan keradangan – tahap seterusnya dalam jerawat. Liang tersumbat tadi akan berinteraksi dengan tisu sekeliling dan menyebabkan keradangan tisu, ditambah lagi dengan kehadiran bakteria yang membiak. Selepas itu samada akan terjadi jerawat pasir atau batu bergantung kepada berapa teruk tindakbalas tisu itu.

Kadangkala tindakbalas akan terlalu teruk sehingga terbentuk nanah lalu terjadi kista (cyst) atau nodule. Selepas sembuh maka terbentuklah parut kekal di muka anda. Oleh itu pastikan jerawat anda dihindari dari peringkat awal dan jaga kebersihan muka anda supaya jerawat dapat dikawal.

Terima kasih kerana sudi membaca maklumat jerawat ini yang dibawa khas oleh Malaika Oil.

05/02/2017

Jom Kenali Malaika Oil

Malaika Oil merupakan produk kecantikan berasaskan alam semulajadi yang semakin popular di Malaysia. Semakin ramai yang beralih ke produk semulajadi kerana telah terbukti berkesan sejak turun-temurun dalam merawat kulit wajah. Banyak juga soalan yang diterima dari orang ramai berkenaan Malaika Oil ni. Jadi kami nak kongsi beberapa SOALAN LAZIM yang biasanya diutarakan oleh pelanggan-pelanggan kami:

APAKAH FUNGSI UTAMA MALAIKA OIL?
Malaika Oil merupakan rawatan minyak muka yang mampu membersih kulit wajah secara mendalam seterusnya menghilangkan jerawat dan jeragat degil.

ADAKAH MALAIKA OIL SESUAI UNTUK MUKA BERMINYAK?
Sudah semestinya kerana Malaika Oil membersih muka secara mendalam dan mampu menanggalkan minyak kotor dari muka anda terutama dari make up dan bahan kimia. Minyak semulajadi Malaika Oil akan menggantikan minyak kotor itu.

ADAKAH MALAIKA OIL NI SERUM?
Malaika Oil sebanarnya bukan serum tetapi boleh juga digunakan untuk  menghilangkan parut dengan cara menyapukannya pada kawasan bermasalah sebelum tidur.

BOLEH TAK NAK PAKAI DENGAN PRODUK LAIN?
Boleh digunakan dengan mana-mana produk yg bersesuaian dengan kulit muka anda. Tapi seelok-eloknya elakkan produk yg dibuat dari bahan kimia berbahaya.

BOLEH KE NAK PAKAI DAYCREAM OR NIGHTCREAM?
Boleh pakai nightcream cuma pastikan kulit bersih sebelum apply night cream supaya Malaika dapat bertindak dengan lebih berkesan.

MALAIKA OIL BOLEH PUTIHKAN KULIT TAK?
Malaika Oil tak menjamin boleh memutihkan kulit tetapi Malaika Oil mampu bertindak membersihkan kulit secara total dan menghilangkan sel kulit mati serta menjadikan kulit anda sihat dan berseri-seri sepanjang hari tanpa jerawat dan jeragat.

Harap anda lebih faham berkenaan Malaika Oil. Sebarang soalan lain boleh tinggalkan di ruangan komen ya.

05/02/2017

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kulit

“Extra Virgin Olive Oil” atau dipanggil sebagai “EVOO” merupakan bahan rahsia dalam dunia kecantikan buat beratus-ratus tahun lamanya. Di Malaysia minyak ini dikenali juga sebagai minyak zaitun secara umumnya. EVOO terkenal kerana mempunyai rasa yang lazat namun ramai yang tidak menyedari khasiatnya jika digunakan pada kulit.

Penggunaan EVOO untuk kesihatan kulit wajah yang diformulasi bersama bahan semulajadi terpilih didalam Malaika Oil menjanjikan kesan terbaik untuk mereka yang mementingkan kecantikan. EVOO dipilih kerana telah terbukti dapat menjadikan kulit lebih flawless.

Hasil kajian mendapati, EVOO sarat dengan vitamin E & A serta antioksida dimana khasiat ini berfungsi sebagai :

  • Agen Anti Penuaan
  • Menghilangkan Jerawat
  • Merawat Sel Kulit Kusam, Rosak & Mati
  • Membantu meratakan Tona kulit
  • Memudarkan dan Menanggalkan Kesan Parut
  • Menyegarkan, Melembut, Meremajakan Kulit
  • Agen Penanggal Lapisan MakeUp

Tahukah anda? EVOO dapat bertindak dari dalam dan luar kulit wajah. Jika digunakan secara konsisten, kesemua faedah diatas dapat anda kecapi dan berkekalan dalam masa yang lama. Bukan itu sahaja, pastinya muka anda akan lebih bersinar, berseri dan “flawless”.

Kesemua khasiat ini terdapat dalam sebotol Malaika Oil! Mahu kulit yang diidamkan? Tanya kami bagaimana.

31/01/2017

Sabun Muka Medimix

Penggunaan pencuci muka yang selamat amat penting untuk mendapat kulit yang cantik. Salah satu teknik yang selamat dan telah berkurun lama di praktikkan adalah Ayurveda. Teknik Ayurveda ini berasal dari India dan semestinya berasaskan alam semulajadi.

Malaika Beauty juga telah mengkaji berkenaan Ayurveda dan kami telah mula memasarkan produk Sabun Muka Medimix sejak tahun 2015 lagi. Sabun Muka Medimix bukanlah produk keluaran Malaika Beauty tetapi kami merupakan antara pengimport ekslusif sabun ini dari India.

Keistimewaannya adalah kombinasi yang unik antara vegetable glycerine yang berkualiti dan Lakhshandi Oil dimana ia diformulasikan menggunakan TEKNIK AYURVEDIK. Sabun ini sangat sesuai dengan semua jenis kulit.

Antara fungsi utamanya adalah untuk :

  1. Membantu menghilangkan gatal dan ruam.
  2. Mengecutkan jerawat.
  3. Mengurangkan kulit berminyak.
  4. Membersihkan kotoran.
  5. Menjadikan kulit anda lebih segar dan lembut.

Sabun ini sangat sesuai dipakai selepas menggunakan Malaika Oil sebagai komplimen. Gabungan Malaika Oil dan Sabun Muka Medimix telah membantu ramai pengguna keluar dari masalah jerawat dan kulit muka sensitif.

Jika anda berminat UNTUK BORONG boleh terus whatsapp ke 0129386700.

29/01/2017

Cara Menggunakan Malaika Oil

Teknik penggunaan Malaika Oil yang betul adalah sangat penting untuk memastikan anda mendapat kesan yang maksimum. Di sini kami akan menerangkan tentang langkah-langkah yang betul untuk menggunakan Malaika Oil.

Cara penggunaan:

  1. Goncang botol Malaika Oil selama beberapa saat sebelum buka.
  2. Ambil dan titiskan 3-4 titik Malaika di atas kedua tapak tangan.
  3. Urut keseluruhan muka selama 1-2 minit.
  4. Sapu muka dengan bersih menggunakan tisu muka lembap.
  5. Basuh dengan bersih menggunakan sabun atau pencuci muka.

Adalah penting untuk memastikan kesemua sisa Malaika Oil dibersihkan dari muka anda kerana sisa ini telah menarik kesemua kotoran dari pori muka. Sila tonton video ini bagaimana Humaira membuat demonstrasi pemakaian Malaika Oil.

28/01/2017

Khasiat & Kelebihan Air Mawar

Ramai pembaca yang suka bunga mawar kan? Bunga mawar sememangnya terkenal sebagai pokok bunga hiasan yang amat cantik dan sedap mata memandang. Baunya juga harum dan selalu dijadikan sebagai minyak wangi.

Tapi tahukah anda yang air mawar ni sebenarnya banyak kelebihan pada kulit kita? Ya, air mawar telah digunakan sejak sekian lama dalam bidang kecantikan. Berikut kami senaraikan kelebihan air mawar ini untuk kecantikan kulit.

1) Mengandungi anti-bakteria, antiseptic dan anti-radang – Air mawar mampu memulihkan kulit kita dari serangan kuman dan bakteria yang merbahaya.

2) Mengandungi vitamin C dan E yang boleh mencerahkan kulit – Air mawar juga mampu membekalkan beberapa jenis nutrien yang penting untuk pertumbuhan kulit yang sihat.

3) Boleh legakan SUNBURN dan sejukkan kulit – Bagi yang selalu berjemur di bawah cahaya matahari, air mawar mampu melegakan kepedihan hasil sunburn dan memberi kelegaan segera.

4) Mengurangkan garis2 halus – Garis halus selalu terjadi disebabkan kesan penuaan, penggunaan air mawar mampu melambatkan proses ini kerana kesan penyembuhannya.

5) Mengecilkan liang pori – Bagi yang mempunyai masalah jerawat, liang pori mestilah dipastikan sentiasa bersih dan tidak terbuka supaya tiada kotoran yang terperangkap.

6) Menegangkan kulit – Kesan kesegaran air mawar mampu menegangkan kulit jika anda menggunakannya untuk jangka masa panjang.

7) Menaikkan seri wajah – Akhir sekali gabungan semua khasiat di atas semestinya menaikkan lagi seri wajah anda supaya nampak lebih muda dan jelita.

Tahukah anda yang Malaika Moisturizer Spray juga mengandungi Air Mawar yang semestinya akan menjadikan kulit anda lebih flawless!

28/01/2017

Cara Mudah Hilangkan Eyebag

Tahukah anda bahawa daun teh mempunyai agen antioksida yang boleh mengurangkan kedut dan mencegah kulit menjadi kendur. Kulit kendur inilah yang menyebabkan terjadinya eyebag di bawah mata.

Selain mendapat tidur yang mencukupi, ada lagi teknik yang boleh digunakan untuk menghilangkan eyebag ini. Di sini Malaika Beauty nak share bagaimana nak gunakan daun teh untuk menghilangkan eyebag:

1) Rendam uncang teh dalam air panas.
2) Sejuk kan dalam freezer.
3) Letakkan uncang di mata anda selama beberapa minit.
4) Untuk hasil yang baik, buat 3-4 kali seminggu.

Semoga bermanfaat!

28/01/2017

Malaika Moisturizer Spray

Malaika Moisturizer Spray merupakan produk kedua Malaika Beauty berasaskan bahan semulajadi. Konsep Moisturizer Spray ini ialah dapat menyegarkan kulit anda di mana-mana sahaja dan dalam masa yang singkat. Jadi produk ini dicipta untuk mudah dibawa dan senang digunakan.

Seperti Malaika Oil, Moisturizer Spray ini juga berasaskan bahan semulajadi, antara bahan tersebut ialah:

  • Air Mawar
  • Aloe Vera
  • Glycerine tumbuhan

Moisturizer Spray ini adalah water base dan sesuai juga sebagai make-up setting. Cara menggunakannya adalah hanya perlu spray ke muka bila diperlukan. Kesan kesegaran dan kelembapan kulit dapat dirasakan terus selepas semburan. Antara khasiat lain spray ini termasuk:

  • Menyegarkan kulit
  • Menegangkan kulit
  • Mengecilkan pori
  • Memulihkan sel kulit
  • Menaikkan seri wajah

Harga yang ditawarkan juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan produk lain di pasaran. Ramai yang suka dan sangat berpuashati setelah menggunakan Malaika Moisturizer Spray. Anda juga perlu cuba sekarang!

27/01/2017

Malaika Oil

Malaika Oil merupakan minyak rawatan muka berasaskan ‘Oil Cleansing Method’ yang popular di seluruh dunia. Teknik menggunakan minyak untuk menjaga kecantikan kulit ini telah dipraktikkan sejak zaman dahulu kala. Banyak kelebihan yang boleh didapati hasil teknik ‘Oil Cleansing Method’ ini bergantung kepada jenis minyak yang digunakan.

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Malaika Oil adalah:

  • Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)
  • Minyak Lemon
  • Minyak Jarak (Castor Oil)
  • Temu Lawak
  • Herba
  • Bunga-bungaan

Melalui teknik dan formula yang dicipta oleh Humaira Hasnan, Malaika Oil telah terbukti dapat menjadikan kulit lebih cantik, licin dan flawless. Antara kelebihan Malaika Oil berdasarkan testimoni yang diterima termasuk:

  • Menghilangkan jerawat
  • Memulihkan jeragat
  • Memudarkan kesan parut jerawat
  • Menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Membuang blackhead dan whitehead
  • Menanggalkan lapisan make-up
  • Meratakan tona kulit

Lihat penerangan dari pencipta Malaika Oil, Humaira Hasnan:

Malaika Oil juga dijual dengan harga yang mampu milik walaupun kebanyakan bahannya diimport dari luar negara. Ini kerana kami percaya bahawa kepuasan sebenar adalah dapat melihat pengguna Malaika keluar dari masalah penampilan diri yang boleh menjejaskan keyakinan. Setiap respon positif pengguna amat kami hargai dan jadikan motivasi untuk mencipta lebih banyak produk berasaskan alam semulajadi.

27/01/2017

5 Punca Jerawat Yang Anda Tidak Sedari

Jerawat merupakan masalah universal yang terjadi pada semua orang tanpa mengira peringkat umur. Jerawat selalu dikaitkan dengan perubahan hormon dan juga masalah liang pori tersumbat. Namun terdapat banyak langkah yang kita boleh ambil untuk mengelak jerawat.

Di bawah kami senaraikan punca-punca jerawat yang selalu kita abaikan:

1) Sarung bantal yang kotor.
2) Apabila kulit terdedah dengan haba atau matahari untuk jangkamasa lama.
3) Peluh yang bercampur dengan kotoran dan habuk.
4) Sisa make up yang tidak dibersihkan dengan sempurna boleh mengakibatkan liang pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat.
5) Penggunaan produk yang mengganggu kitaran hormon.

Salah satu fungsi Malaika Oil adalah untuk meresap masuk ke liang pori dan membersihkan kotoran tersembunyi ini.